Related Posts with Thumbnails

Isnin, 28 September 2009

__pepper spray untuk kamu(*_*)/")___


Hemm.. Aku dah lama fikirkan untuk kongsi pendapat aku mengenai benda ini pada rakan-rakan. Tapi sebelum tu aku ingin berkongsi sedikit fakta mengenai angka dan statistik rasmi pihak PDRM berkaitan kadar jenayah.

-kadar jenayah setiap seribu penduduk meningkat 3.8 peratus pada kepada 6.2 peratus pada 2002.
-pada tahun 2004 pernah didedahkan setiap hari di negara ini 1.5 orang dibunuh, 4.7 dirogol, 68.2 insiden pecah rumah, 23.6 kereta dicuri, 141.3 motosikal dicuri dan 41.9 insiden rompakan.
-pada 2006 pula, kira-kira 5,000 jenayah membaitkan pendatang asing. Jenayah remaja tempatan bawah 18 tahun didapati dua peratus daripada 232,620 kes pada 2006.


Rabu, 23 September 2009

Tikus gajah


Kehadiran tikus di setiap pelusuk dunia telah lama diketahui. Tikus dalam kehidupan harian kita bukan lagi asing kerana nisbah seorang penduduk persamaan tiga ekor tikus. Malahan disesetengah tempat tikus menjadi haiwan suci dijaga bagai bayi, ada juga yang mengagap tikus menjijikan, pembawa malang dan sebagaingya. Begitu juga masyarakat melayu hingga muncul ungkapan mengait tikus seperti tikus jatuh ke tepung, dan sebagainya. kepelbagaian variasi tikus ini menarik minat aku untuk menceritakan sedikit mengenai tikus gajah (elephant shrew)

Polis merogol insan istimewa


Terlebih dahulu aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam lebaran buat semua pembaca blog aku. Hari ini aku ingin mengulas sedikit isu mengenai kes jenayah yang berlaku ada beberapa tahun yang lepas. Seorang angota polis merogol insan istimewa(cacat akal). Tajuk ini agak sensetif jadi aku ingin menerangkan secara serius agar tidak terdapat pihak yang terkeliru kemudian hari.


fakta:
1.kes ini di laporkan berlaku pada tahun 2003.
2.Dilakukan oleh anggota polis berpangkat Asisten Komisioner(kini telah bersara)
3.Nama persalah Matsusah Sadikin,68
4.Nama mangsa dirahsiakan, umur ketika kejadian 23 tahun, terencat akal dan tidak mampu membaca atau bertutur dengan baik.

Khamis, 17 September 2009

Fenomena berkahwin lewat (impak positif)

Kahwin lewat. Isu ini telah lama menjadi perbualan hangat masyarakat khususnya bagi penduduk Malaysia. Malahan pernah menimbulkan kontrovasi apabila mereka melancarkan program Jom Kahwin pada tahun 2003. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terpaksa tampil memberi penjelasan mengenai isu ini. Disebalik pergelutan mencari punca dan impak perubahan budaya ini, jarang aku perhatikan ada pihak yang berani memjelaskan kesan positif ke atas peradapan rakyat kita pada masa kini. Justeru, aku cuba mengupas topik ini dengan lebih meluas.
Aku sempat memikirkan beberapa hujah yang menyokong pandangan tersebut:
 
  • Khususnya bagi golongan wanita, peluang ini akan memberi sinar untuk mereka menceburi bidang-bidang yang memerlukan pemumpuan sepenuhnya. Contohnya bidang politik, ketenteraan, sukan lasak, dan lain lagi.@
  • Golongan muda umumnya pula mempunyai lebih banyk masa mencari pasangan hidup yang sesuai. Ini juga akan membantu memanjangkan usia perkahwinan mereka@ 

Rabu, 16 September 2009

H1n1.Gejala - Mengelak di jangkiti

Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan segera di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
  1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
  2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
  3. Sakit dada berterusan
  4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
  5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
  6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
  7. Rasa pening apabila berdiri
  8. Kurang kencing
Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini.
  • Menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain
  • Adab batuk yang baik
  • Kebersihan tangan dengan mencuci tangan dengan betul dan lebih kerap
  • Pengudaraan dalam rumah yang baik
  • Mereka yang mempunyai gergejala h1n1 perlu memakai mask
(Untuk keterangan lanjut clik di sini)

Alahai penyokong kelab Arsenal.


Aku bukan peminat kelab Manchester City malahan bukan juga meminati pemain baru mereka (yang dimaksudkan disini, Sheyi Emmanuel Adebayor). Jika dibandingkan, aku lebih menyukai Asharvin penyerang arsenal. Namun pada pendapat aku tindakan peminat serta permain arsenal menghina Adebayor sepatutnya tidak berlaku. Individu yang sepatutnya dipersalahkan adalah jurulatih arsenal sendiri. Beliau yang membenarkan pemain tersebut berpindah ke Manchester City. Akibatnya Arsenal kehilangan salah seorang pemain berbakat mereka dan kalah 4-2 ketika bertemu pasukan mC minggu lalu. Pada aku tindakan Gunners menjual pemain tersebut tidak bijak. Adebayor masih muda .25tahun, berbakat dan merupakan tonggak utama Togo. Sekiranya pemain tersebut mampu mencapai puncak karier sebagai penyerang di  mC, siapapun tidak sepatut menghinanya. Atau menyalahkan beliau atas kekalahan pada minggu lepas. Fikirkan kata ku ini wahai peminat arsenal sekalian.

(O,o) xsalahkan real kerana beli C.Ronaldo (o,o)

Selasa, 15 September 2009

Mp3 Online


@}~*~~ Satu petang yang boring dalam hidup aku. Aku terdengar satu lagu tajuknya online dalam radio. Aku tertarik pada seni kata yang ingin disampaikan oleh penyanyi itu. Kelakar. Jadi aku cuba cari kat web lagu itu tapi tak dapat. Aku harap ada sesiapa yang menyimpan lagu berjudul online itu. Mungkin boleh kongsi lagu tu dengan aku. Sebagai ucapan terima kasih aku bagi link lagu ini. Selamat mendengar.(>.<)/")

Ayo Technology by Milow.
Jika ingin mendengar lagu ini, hentikan radio dulu ya.


Balik raya


Tidak sampai seminggu pun lagi kita nak menyambut hari raya. Tapi aku makin risau. Bukan risau baju raya tidak beli lagi atau bajet dah lari tapi aku risau sebab makin banyak kemalangan masa-masa macam ini. Apabila musim perayaan semua orang bergembira tetapi kadang-kadang berita lain menjelma. Kalau cuma kemalangan kecil kita patut bersyukur kerana kalau sudah melibatkan nyawa tentu lebih pahit untuk ditelan. Ingatkan dapat melepaskan rindu pada insan yang tersayang, tapi rupa-rupanya hanya jenazah yang sampai. Aku bukan sekadar ingin bercerita tapi ingin sama-sama mengingatkan. Hati-hati ketika berada di jalanraya. Makin jauh pejalanan kita bermakna makin besar risikonya. Jangan sampai kelurga kita bersedih

Perjalanan aku balik ke kampung lebih kurang 2jam sahaja. Tapi rasa ngeri juga bila fikirkan, guna apa kenderaan pun masih ada risiko. xmau balik la:)

Isnin, 14 September 2009

GAZA



Cuba kita sama2 hayati dan dengar lagu ini.
We will not go down BY Michael Heart.
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive


They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down

In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike

Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar

Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain

You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


download
Michael Heart - We Will Not Go Down (Song for Gaza).mp3

lagi-lagi MJ


Hari ini sudah hampir lebih 2 bulan Michele Jackson meninggal dunia tapi kisah beliau masih terdapat didada akhbar. Ape yang aku hairan masih tidak tamat lagi tragedi buruk yang menimpa keluarga Michele ini. Macam dah jadi satu drama filem saje lagaknya, satu persatu permasalahan timbul. Bermula dari punca kematian jacko, status agamanya, wasiat, hutang, bapa sebenar anak-anak beliau, hantu jacko, perempuan yang mengaku sebagai isterinya, sampaikan kubur pun turut dijadikan isu. Hinggakan tidak pasti yang mana benar dan salah antara kebanyakan isu tersebut.

(aku pelik knp dlm majlis mati kena buat konsert. dunia-dunia)

Ahad, 13 September 2009

Menurun



Menurun yang kata akarnya "turun", bagi kamus aku bermaksud sesuatu atau pekara yang menjadi lebih rendah nilainya atau berkurangan kuantiti sesuatu kadar dari kadar asal.
Tapi kali ini aku bukan mahu bercerita tentang istilah menurun yang di maksudkan tadi. Aku tertarik untuk menceritakan mengenai istilah menurun@pemujaan bagi masyarakat melayu kita yang telah bertapak ribuan tahun dahulu. Bermula dari berkembangnya agama Hindu-Buddha di Asia Tenggara kepecayaan masyarakat melayu telah telah mempengaruhi kehidupan masyarakat yang sedia ada pada masa itu.

Kampong Chat-BUDI ~Kalau di KC aku menang budak yang nakal. Suka mengusik tidak kira yang tua atau muda lelaki perempuan atau sesiapa sahaja. Pada aku Kc mengajar aku untuk lebih mengenali penguna alam syber yang sebelum ini kurang aku bagi perhatian. Kesempatan mengenali rakan baru buatkan aku terhibur. Aku sayang kalian. salam~~~*~{@

Sabtu, 12 September 2009

Kenangan 1 malam sebelum raye



10 malam terakhir. Masa kecik-kecik ak main meriam buluh ler malam macam tu. Best jugak bila imbas semula malam tu. Mula- main meriam tin belakang rumah. Tapi takut abah marah lari pergi rumah kawan tengok diorang main meriam buluh. best sebab bunyi meriam dier la paling kuat masa tu. Aku jadi tukang cucuh api pada meriam. kebummmmm.... Bergema 1 kampung sebaik saja api sampai ke lubang meriam tu. (pesanan. kami dulu ikat meriam ngan getah tiup motor takut pecah, sayang nyawa beb) hehh.. Tapi tentu tidak ramai antara kita masa ini yang kenal ape itu meriam buluh. Aku rindu kenangan macam tu. sekarang ini nak dengar bunyi meriam buluh pun dah susah. Malam raya pun aku dah mula sibuk nak bakar lemang, buat rendang, anyam ketupat, pasang pelita sampai tak terfikir kemana pergi kawan-kawan aku yang dulu. Aku rindu kalian semua. Untuk rakan-rakan, mari kita sama-sama cari malam penuh keindahan di 10 malam terakhir ramadhan.

Anak bunuh mak, ayah bunuh anak


Masa kini macam-macam yang kita lihat ada yang terlalu indah untuk kita ungkapkan dan ada yang lebih pahit untuk kita gambarkan. Macam itu juga seperti yang kita lihat sedang berlaku masa kini. Rakan sanggup membunuh rakan nya sendiri kerna dendam. Aku hairan, mengapa begitu mudah manusia mengambil nyawa sesama mereka. Adakah kita ini sama dengan makluk lain yang semenangnye kita tahu mereka xder akal. jika aku sendiri rasa cukup sedih apabila kucing kesayangnan aku mati apatah lagi kehilangan sahabat aku sendiri. Aku pernah terbaca d sebuah risalah yang dikarang oleh salah seorang sahabat aku sendiri. Apabila menyoal seorang anak yang sanggup membunuh ibunya hanya kerana ibunya tidak memberi wang saku untuk beliau dan akhirnya anak itu berang lalu membunuhnya. huhhhh... mudah sungguh kan. Aku ingin sekali menyatakan dari sebuah hadis Abu Bakrah r.a yang bermaksud daripada Nabi s.a.w sesungguhnya baginda telah bersabda: Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak antara Jamadilakhir dan Syaaban. Kemudian Baginda bertanya: Bulan apakah itu? Kami menjawab: Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Sejenak baginda hanya diam sahaja. Sehingga kami menyangka bahawa baginda akan menyebutnya dengan nama lain. Baginda bertanya: Bukankah ia bulan Zulhijah? Kami menjawab: Benar. Baginda bertanya lagi: Negeri apakah itu? Kami menjawab: Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Sejenak baginda hanya diam sahaja. Sehingga kami menyangka bahawa baginda akan menyebutnya dengan nama yang lain. Baginda bersabda: Bukankah ia negeri Baldah? kami menjawab: Benar. Baginda bertanya: Hari apa kah itu? Kami menjawab: Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Sejenak baginda diam saja. Sehingga kami menyangka bahawa baginda akan menyebutnya dengan nama lain. Baginda s.a.w bersabda lagi: Tidakkah itu hari An-Nahr? (hari perayaan) Kami menjawab: Benar, wahai Rasulullah. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya darahmu, harta bendamu (Kata Muhammad Aku menyangka baginda bersabda pula) dan kehormatanmu adalah haram ke atas dirimu, seperti haramnya harimu yang sekarang ini, di negerimu ini dan di bulanmu ini. Kamu akan bertemu dengan tuhanmu. Dia akan bertanya kepadamu mengenai semua amalan kamu. Maka selepasku nanti janganlah kamu kembali kepada kekufuran atau kesesatan, di mana kamu akan berkelahi antara satu sama lain. Ingat, hendaklah orang yang hadir pada saat ini mesti menyampaikan kepada orang yang tidak ada pada waktu ini. Boleh jadi sebahagian dari mereka yang mendengar dari mulut orang kedua lebih dapat menjaga daripada orang yang mendengarnya secara langsung. Kemudian baginda bersabda: Ingat, bukankah aku telah menyampaikannya?

Kita telah pun di ingatkan tetapi masih ingkar dan tetap melakukanya..
free counters

bnyak tol komen ak dapat..hemm boleh ke nak polo sume..
so dr aner ak nak mula kan dlu.. bnyk gle yg perlu d btol kan.
xper ar sok ak bt.

Jumaat, 11 September 2009


ape yg lebih baik dari memaafkan
tiada yg lebih indah selain lihatnya ketawa
walau kadang2 hati menangis
kerna nya

Khamis, 10 September 2009

bulan

bulan Ramadhan

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."