Isnin, 26 Oktober 2009

Parkour


Pernah kah anda mendengar atau terbaca mengenai sejenis "seni pegerakan merentasi hutan batu". Kombinasi kelajuan menakjubkan, aksi-aksi akrobatik serta imbangan badan. Mungkin perkataan ini agak asing bagi kita namun aksi sebegini secara tidak sedar sering kita lihat di pawagam atau filem-filem berunsur aksi. Contonhnya di dalam filem BLOK13, BLOK13-II, ong bak, dan beberapa filem lain.

Parkour sebenarnya bukan sekadar lakonan malahan ianya menjadi kekuatan individu yang hidup di kawasan 'slum' bandar yang dipenuhi aktiviti jenayah dan gangsterism. Aksi melompat antara bangunan, berlari di bumbung, melepasi tangga, mencelah di antara ruang tingkap dan pelbagai lagi. Dikatakan berasal dari nagara Perancis. Mereka mengunakan pesekitaran kawasan kediaman mereka sebagai tempat latihan dan kemahiran ini digunakan untuk situasi kecemasan atau untuk bergerak dari lokasi A ke lokasi B. Oleh itu  Selain tingkap,tembok, bumbung, elemen lain seperti tiang dan infrasruktur yang terdapat di bandar diekplotasi sepenuhnya.


Mengikut apa yang dinyatakan Parkour mula berkembang pada tahun 1902 sebelum perang dunia pertama.



Ketahui lebih lanjut. clik di sini







Rabu, 21 Oktober 2009

Sengketa Malaysia Indonesia


Pada mulanya aku hanya melihat sebagai gurauan. Sahabat aku beriya-iaya benar bercerita isu ini. Dia sangat beremosi menceritakan mengenai sengketa Malaysia dan Indonesia. Aku tidak tahu kenapa aku rasa tidak mengemari isu ini. mungkin juga kerna aku berdarah Msia+Indo atau aku tidak mengemari peperangan itu sendiri.


Aku tidak dapat menerimanya sebagai satu kebaikan dan aku merasakan sengketa seperti ini tidak patutnya dipenuhi dengan benci, dendam, atau peperangan. Sengketa yang bermula hampir 100 tahun ini tidak akan ada hujungnya jika kita terus mencari kesalahan masing-masing. Apa yang aku harapkan kita sesama mencari pesamaan dan saling menghormati.

Isnin, 12 Oktober 2009

Aku ingin begini.


Di sebalik awan yang kelabu. Bertemankan sinar suram di senja hari diriku terbang. Terkenangan masa yang lalu, tempat ini aku bermain berlari, berenang, dan menanggis dan ketawa. Terlalu lama ianya terpahat di hatiku. Terlalu dalam rinduku padanya. Tidak ada apa yang berubah, cantiknya masih seperti dulu, harumnya masih sama, tenangnya masih tidak terusik. Hanya aku sahaja yang terlupa tentangnya. Meninggalkan semuanya tanpa menoleh kebelakang. Melupakan setiap detik berharga bersamanya.


Terkadang aku rasa bersalah, aku tidak mampu melakukan sesuatu seperti yang diharapkan. Aku telah memberikan mereka harapan dan aku membuatkan mereka kecewa. Aku membuatkan diriku juga kecewa dengan apa yang telah berlaku. Bagiku bebannya terlalu besar untuk aku tunaikan. Telah aku cuba namun setiap langkah ku terasa sukar dan sering aku tersungkur kernanya. Hati ku sebak mengenangnya. mengapa aku perlu hadapi semunya dan mengapa aku selemah ini.


Aku harapkan mungkin akan ada impian lain selain diriku. Aku cuma inginkan sesuatu yang biasa untuk hidupku. Aku tidak tidak pernah mengambarkan seindah ini, seharum ini atau setenang ini. Sebelum ini aku melalukan nya untuk mereka. Kini aku ingin mencari sesuatu untuk diriku. Biarkan sahaja aku pergi mencarinya. Aku harap mereka juga mengerti apa yang aku lakukan ini. Selama ini aku cuba melakukan walau aku tahu aku tidak akan gembira dan ini bukan impianku. Namun kini aku telah bertekat dan aku tidak pernah menyesal kerna aku tahu ini mungkin yang terbaik. Mungkin suatu hari nanti mereka akan faham mengapa ini jalan yang aku pilih.



Aku ingin terbang mencari sesuatu untuk diriku(~.~)

Ahad, 11 Oktober 2009

Cerita Kedai Kopi

Aku tertarik dengan lagu ini, bagi aku cerita yang mudah tetapi cara ianya diolah menarik dan kreatif harap pembaca juga menyukainya.


(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati Salam
(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi
Chorus
Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi
(Salam)
Ada satu hero Melayu namanya rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media massa
(Malique)
Asal boleh masuk TV dia mesti buat
Awek tengok jambu laki tengok meluat
Citarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jakun ke pelakon jamban ke makan malam
Dinner show menyanyi seorang pun tak faham
Tapi datin muda tengok geram dan sangkut
Datuk outstation apa lagi angkut
U/Cho 2X
(Salam)
I'm in the mood for love
Simply because you're near me
Honey but when you're near me
Well I'm in the mood yes
I'm in the mood for love
(Malique)
Terima kasih rahsia diterima
Kalau sunyi lagi boleh main gila
Datin kena taruk rahsia kemaruk
Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
Datuk pergi London lama pucat bila balik
Bini buncit sikit tahu dia tak boleh naik
Datuk pergi London dia pucat bila balik
Bini dan anak percuma dah ada penyakit
Apa kesudahannya apa yang terjadi
Rahsia tinggal rahsia takkan masuk TV lagi
Cerita sensasi dengar di kedai kopi
Setiap individu punya versi sendiri
(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi
U/Cho 2X
(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati rentak keluarga Marley
Hamba di Belanda di tengah ibu kota
Temanku Salam dreadlocks bawah mahkota
Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
Rindu nak dengar cerita kopi Malaysia
Aku cerita dia ketawa
Tak kering gusi jatuh kerusi
Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
Di Eropah orang bentang idea
Topik-topik intelektual di diskusi
Anjakan paradigma bila kena kopi
Peace love and harmony reggae sampai pagi
Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady
U/Cho 2X
(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati yeah

Download Mp3 Di sini

Sabtu, 10 Oktober 2009

Sepi


Malam tadi aku tidak dapat tidur, macam-macam benda berkisar dalam kepala aku ini. Tidak ada apa pun sepenting kisah dunia yang sekarang ini. gempa bumi,banjir,ribut,taufan atau apa sahaja yang terbentang di akbar. Bagi aku, semua itu biar lah hanya mereka yang menceritakan kepada dunia. Aku cuma fikir tentang hidupku yang kini aku lalui rasa pelik dan aneh. Kenapa aku rasa begini, bila seorng sahabat pergi akan muncul seorang lagi sahabat. Benarkah begitu. Aku mengharap.


Khamis, 8 Oktober 2009

Must Be The Ganja


Memandangkan ramai lagi masih keliru jadi aku terangkan sedikit info mengenainya.


Ini pohon ganja harga anggaran untuk yang macam ini hampir ribuan ringit. (disini dijadikan pohon hiasan) Pohon ganja boleh hidup sampai usia 70 tahun. Tumbuhan ini hidup subur di kawasan khatulitiwa Pada masa dahulu daun ganja digunakan bagi tujuan perubatan. Mengandugi macam-macam bahan toksin berbahaya yang boleh merosakan sistem body kita jadi elakkan pengunaan tumbuhan ini.



Ini pula adalah bunga ganja yang pernah aku tunjuk kan sebelum ini.Merupakan bahagian yang paling berharga bagi pohon ganja. Memberi kesan khayal yang lebih tinggi dan biji benihnya (yang disemai) boleh menghasilkan anak pokok ganja. Namun cuma bagi pohon betina sahaja yang menghasilkan bunga. Aku sendiri tidak pasti macam mana nak tahu jantan betina nya, jadi harap maklum.

Amaran: memiliki, menerima, menjual atau mengunakan ganja adalah salah disisi undang-undang.

Rabu, 7 Oktober 2009

18SG


Aku terdengar lagu Eminem-Must Be The Ganja. Lalu aku terfikir ganja tu bahasa Malaysia yang telah diglobalkan ke? Kalau ikut dari segi ejaan dah macam bahasa Malaysia. Jadi aku buat satu kajian tapi lain yang aku cari lain yang aku jumpa. Ini yang aku jumpa. Rasa ngeri pun ada, klakar pun ada. Tengok la sendiri. clik di sini

Isnin, 5 Oktober 2009

Sedang aku membaca beberapa artikel dalam internet berkaitan peningkatan paras lautan. Aku terlihat gambar ini. Aku terasa seperti terdapat sindiran halus yang mereka sampaikan. Serba salah ingin aku katakan, adakah aku terlalu sensetif. Apa pendapat anda.