Related Posts with Thumbnails

Sabtu, 12 September 2009

Anak bunuh mak, ayah bunuh anak


Masa kini macam-macam yang kita lihat ada yang terlalu indah untuk kita ungkapkan dan ada yang lebih pahit untuk kita gambarkan. Macam itu juga seperti yang kita lihat sedang berlaku masa kini. Rakan sanggup membunuh rakan nya sendiri kerna dendam. Aku hairan, mengapa begitu mudah manusia mengambil nyawa sesama mereka. Adakah kita ini sama dengan makluk lain yang semenangnye kita tahu mereka xder akal. jika aku sendiri rasa cukup sedih apabila kucing kesayangnan aku mati apatah lagi kehilangan sahabat aku sendiri. Aku pernah terbaca d sebuah risalah yang dikarang oleh salah seorang sahabat aku sendiri. Apabila menyoal seorang anak yang sanggup membunuh ibunya hanya kerana ibunya tidak memberi wang saku untuk beliau dan akhirnya anak itu berang lalu membunuhnya. huhhhh... mudah sungguh kan. Aku ingin sekali menyatakan dari sebuah hadis Abu Bakrah r.a yang bermaksud daripada Nabi s.a.w sesungguhnya baginda telah bersabda: Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak antara Jamadilakhir dan Syaaban. Kemudian Baginda bertanya: Bulan apakah itu? Kami menjawab: Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Sejenak baginda hanya diam sahaja. Sehingga kami menyangka bahawa baginda akan menyebutnya dengan nama lain. Baginda bertanya: Bukankah ia bulan Zulhijah? Kami menjawab: Benar. Baginda bertanya lagi: Negeri apakah itu? Kami menjawab: Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Sejenak baginda hanya diam sahaja. Sehingga kami menyangka bahawa baginda akan menyebutnya dengan nama yang lain. Baginda bersabda: Bukankah ia negeri Baldah? kami menjawab: Benar. Baginda bertanya: Hari apa kah itu? Kami menjawab: Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Sejenak baginda diam saja. Sehingga kami menyangka bahawa baginda akan menyebutnya dengan nama lain. Baginda s.a.w bersabda lagi: Tidakkah itu hari An-Nahr? (hari perayaan) Kami menjawab: Benar, wahai Rasulullah. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya darahmu, harta bendamu (Kata Muhammad Aku menyangka baginda bersabda pula) dan kehormatanmu adalah haram ke atas dirimu, seperti haramnya harimu yang sekarang ini, di negerimu ini dan di bulanmu ini. Kamu akan bertemu dengan tuhanmu. Dia akan bertanya kepadamu mengenai semua amalan kamu. Maka selepasku nanti janganlah kamu kembali kepada kekufuran atau kesesatan, di mana kamu akan berkelahi antara satu sama lain. Ingat, hendaklah orang yang hadir pada saat ini mesti menyampaikan kepada orang yang tidak ada pada waktu ini. Boleh jadi sebahagian dari mereka yang mendengar dari mulut orang kedua lebih dapat menjaga daripada orang yang mendengarnya secara langsung. Kemudian baginda bersabda: Ingat, bukankah aku telah menyampaikannya?

Kita telah pun di ingatkan tetapi masih ingkar dan tetap melakukanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan