Related Posts with Thumbnails

Selasa, 15 September 2009

Balik raya


Tidak sampai seminggu pun lagi kita nak menyambut hari raya. Tapi aku makin risau. Bukan risau baju raya tidak beli lagi atau bajet dah lari tapi aku risau sebab makin banyak kemalangan masa-masa macam ini. Apabila musim perayaan semua orang bergembira tetapi kadang-kadang berita lain menjelma. Kalau cuma kemalangan kecil kita patut bersyukur kerana kalau sudah melibatkan nyawa tentu lebih pahit untuk ditelan. Ingatkan dapat melepaskan rindu pada insan yang tersayang, tapi rupa-rupanya hanya jenazah yang sampai. Aku bukan sekadar ingin bercerita tapi ingin sama-sama mengingatkan. Hati-hati ketika berada di jalanraya. Makin jauh pejalanan kita bermakna makin besar risikonya. Jangan sampai kelurga kita bersedih

Perjalanan aku balik ke kampung lebih kurang 2jam sahaja. Tapi rasa ngeri juga bila fikirkan, guna apa kenderaan pun masih ada risiko. xmau balik la:)

1 ulasan:

  1. yups..betul2..dalam kita sonok2 nk beraya ni...tak0ot gaks nnt nk lek kampung...
    Ya Allah..mintak jauhkan la dr suma2 tuh....
    aminnnnnn..

    BalasPadam