Related Posts with Thumbnails

Rabu, 23 September 2009

Polis merogol insan istimewa


Terlebih dahulu aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam lebaran buat semua pembaca blog aku. Hari ini aku ingin mengulas sedikit isu mengenai kes jenayah yang berlaku ada beberapa tahun yang lepas. Seorang angota polis merogol insan istimewa(cacat akal). Tajuk ini agak sensetif jadi aku ingin menerangkan secara serius agar tidak terdapat pihak yang terkeliru kemudian hari.


fakta:
1.kes ini di laporkan berlaku pada tahun 2003.
2.Dilakukan oleh anggota polis berpangkat Asisten Komisioner(kini telah bersara)
3.Nama persalah Matsusah Sadikin,68
4.Nama mangsa dirahsiakan, umur ketika kejadian 23 tahun, terencat akal dan tidak mampu membaca atau bertutur dengan baik.

5.Tempat kejadian Stor kedai runcit Sadari, Jalan Raja musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur
6.Siasatan yang dilakukan berjalan selama 6tahun dan mahkamah mendapati tertuduh tidak bersalah.

Apa yang menarik perhatian aku adalah keraguan yang berjaya ditimbulkan oleh pihak defenden. Mangsa yang dikatakan seorang tidak mempunyai akal yang waras, tetapi berjaya dibuktikan mempunyai kemampuan untuk membuat pilihan mengikut kehendak beliau. Mangsa juga melakukan hubungan seks bersama lelaki itu berulangkali sebelum diketahui oleh keluarganya apabila mangsa didapati hamil. Mangsa didesak oleh keluarganya sebelum mengakui hal tersebut. Ketika sesi pengecaman, mangsa masih mampu tersenyum melihat tertuduh. Mangsa juga masih kerap datang berjumpa tertuduh setelah kejadian tersebut dan setelah dilarang oleh keluarganya. Oleh itu ada kemungkinan tertuduh bukan dirogol, tetapi melakukan hubungan seks tersebut secara rela.

Kes ini membuktikan, bahawa orang cacat akal juga mampunyai nafsu dan perasaan.Cuma aku sedikit terkilan kerana kes sebegini mengambil tempoh terlalu lama untuk diputuskan. Proses penyiasatan terlalu lama mungkin akan menyebabkan beberapa kelemahan akan muncul dalam membuat keputusan. Bagaimana dengan pendapat anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan