Related Posts with Thumbnails

Isnin, 28 September 2009

__pepper spray untuk kamu(*_*)/")___


Hemm.. Aku dah lama fikirkan untuk kongsi pendapat aku mengenai benda ini pada rakan-rakan. Tapi sebelum tu aku ingin berkongsi sedikit fakta mengenai angka dan statistik rasmi pihak PDRM berkaitan kadar jenayah.

-kadar jenayah setiap seribu penduduk meningkat 3.8 peratus pada kepada 6.2 peratus pada 2002.
-pada tahun 2004 pernah didedahkan setiap hari di negara ini 1.5 orang dibunuh, 4.7 dirogol, 68.2 insiden pecah rumah, 23.6 kereta dicuri, 141.3 motosikal dicuri dan 41.9 insiden rompakan.
-pada 2006 pula, kira-kira 5,000 jenayah membaitkan pendatang asing. Jenayah remaja tempatan bawah 18 tahun didapati dua peratus daripada 232,620 kes pada 2006.




Itu gambaran yang aku sempat selitkan. Jika berminat ingin mengetahui lebih lanjut boleh baca sendiri. Secara rumusannya setiap tahun kadar jenayah tidak menunjukan sebarang tanda-tanda penurunan. Jadi sebagai masyarakat di bumi merdeka ini adakah anda terasa diri anda selamat? Apakah langkah yang anda telah ambil untuk mencegahnya? Jerat tidak pernah lupa pelanduk tau.

PEPPER Spray, mungkin anda pernah mendengarnya. Mungkin juga anda pertama kali mendengarnya. Yang pertama kali mendengarnya pasti anda bayangkan bahan masakan. Tapi yang pasti pepper spray bukan makanan, ianya adalah senjata untuk mempertahankan diri. menjadi pesoalanya sekarang berapa ramai saja yang tahu mengenainya, atau mengunakan nya dan berapa ramai menyimpan nya. adakah anda rasa anda patut menilikinya.

Aku ingin maklumat khususnya bagi yang selalu balik lewat malam, yang suka berjalan seorang diri dan kaum yang lemah (hawa) serta tidak terkecuali kaum adam. Menurut pandangan aku, alatan ini lebih efektif daripada anda mengetuk si penjenayah dengan handbeg/payung kalian kononnya mungkin penjenayah itu berhenti melakukan perbuatan jenayahnya. Atau membawa pisau di dalam saku sebagai senjata mempertahan kan diri (jangan lakukan, anda mungkin akan disyaki sebagai pelaku jenayah). Hentikan segala tindakan sia-sia anda.

Pepper spray telah lama dicipta, sejak tahun 60an lagi. Bukan bertujuan untuk mencederakan tetapi lebih bersifat sebagai personal self-defense device. Harganya juga tidak lah semahal mana, boleh didapati dengan harga RM25 hingga RM100. Malahan kini ianya boleh didapati di kebanyakan kedai atau di gedung-gedung pasaraya. Namun aku agak pelik mengapa kita seperti lebih sayangkan RM25 dari diri kita sendiri. Jadi anda fikirlah sendiri.

(untuk kaun adam yang baca artikel ini- aku rasa dari kalian hadiahkan gadis kalian handbeg guess yang harga boleh cecah hampir ribu-ribu, ada lebih baik nya kalian hadiahkan Pepper spray, ada jugak faedahnya. tu pun jika anda sayangkan mereka :))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan