Khamis, 17 September 2009

Fenomena berkahwin lewat (impak positif)

Kahwin lewat. Isu ini telah lama menjadi perbualan hangat masyarakat khususnya bagi penduduk Malaysia. Malahan pernah menimbulkan kontrovasi apabila mereka melancarkan program Jom Kahwin pada tahun 2003. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terpaksa tampil memberi penjelasan mengenai isu ini. Disebalik pergelutan mencari punca dan impak perubahan budaya ini, jarang aku perhatikan ada pihak yang berani memjelaskan kesan positif ke atas peradapan rakyat kita pada masa kini. Justeru, aku cuba mengupas topik ini dengan lebih meluas.
Aku sempat memikirkan beberapa hujah yang menyokong pandangan tersebut:
 
  • Khususnya bagi golongan wanita, peluang ini akan memberi sinar untuk mereka menceburi bidang-bidang yang memerlukan pemumpuan sepenuhnya. Contohnya bidang politik, ketenteraan, sukan lasak, dan lain lagi.@
  • Golongan muda umumnya pula mempunyai lebih banyk masa mencari pasangan hidup yang sesuai. Ini juga akan membantu memanjangkan usia perkahwinan mereka@ 

  • Taraf hidup keluarga yang akan muncul ketika itu turut meningkat kerana persaingan dalam keluarga berkurangan (jumlah anak yang sedikit). Setiap anak mampu diberi pendidikan yang lebih sempurna.@
  • Tekanan terhadap generasi muda untuk mendirikan rumahtangga akan berkurangan seterusnya mambantu meningkatkan mutu kerja serta produktiviti (masalah pekerja cuti bersalin, kemurungan, dan sebagainya dapat dielakan).@
  • Dari sudut demogarfi pula pengurangan kadar kelahiran akan dapat mewujudkan pertumbuhan penduduk optimum.(Sila rujuk buku geografi anda)@

Serta beberapa lagi pekara dari segi sosial, ekonami, politik, dan ekologi mampu meningkat kesan daripada perubahan ini. Namun begitu, aku tidak pula menafikan setiap keburukan yang mungkin timbul berpunca darinya. Aku lebih suka berfikir bahawa setiap perkahwinan itu telah ditentukan. Terpulang kepada individu tersebut untuk memastikan ianya akan menjadi semakin baik atau sebaliknya.
Sekiranya anda ingin mendalami topik ini dengan lebih terperinci, sila rujuk di sini. :)

2 ulasan:

  1. perghhh uncle budi dasyat la uncle..hohohoho..
    erm ..soal kahwin jodoh ni bukan pada tangan kita...kawen awal ke kawen lambat ke, tu da ditentukan Allah...

    BalasPadam
  2. yup.. mcm ak katakan sblum ini setiap jodoh telah d tentukan.. sblum dlahirkan lgi dah tertulis siapa jodh kamu..

    Sape la jd pemilik rusuk kiri ak tu.. :p

    BalasPadam