Sabtu, 12 September 2009

Kenangan 1 malam sebelum raye



10 malam terakhir. Masa kecik-kecik ak main meriam buluh ler malam macam tu. Best jugak bila imbas semula malam tu. Mula- main meriam tin belakang rumah. Tapi takut abah marah lari pergi rumah kawan tengok diorang main meriam buluh. best sebab bunyi meriam dier la paling kuat masa tu. Aku jadi tukang cucuh api pada meriam. kebummmmm.... Bergema 1 kampung sebaik saja api sampai ke lubang meriam tu. (pesanan. kami dulu ikat meriam ngan getah tiup motor takut pecah, sayang nyawa beb) hehh.. Tapi tentu tidak ramai antara kita masa ini yang kenal ape itu meriam buluh. Aku rindu kenangan macam tu. sekarang ini nak dengar bunyi meriam buluh pun dah susah. Malam raya pun aku dah mula sibuk nak bakar lemang, buat rendang, anyam ketupat, pasang pelita sampai tak terfikir kemana pergi kawan-kawan aku yang dulu. Aku rindu kalian semua. Untuk rakan-rakan, mari kita sama-sama cari malam penuh keindahan di 10 malam terakhir ramadhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan