Related Posts with Thumbnails

Ahad, 13 September 2009

Menurun



Menurun yang kata akarnya "turun", bagi kamus aku bermaksud sesuatu atau pekara yang menjadi lebih rendah nilainya atau berkurangan kuantiti sesuatu kadar dari kadar asal.
Tapi kali ini aku bukan mahu bercerita tentang istilah menurun yang di maksudkan tadi. Aku tertarik untuk menceritakan mengenai istilah menurun@pemujaan bagi masyarakat melayu kita yang telah bertapak ribuan tahun dahulu. Bermula dari berkembangnya agama Hindu-Buddha di Asia Tenggara kepecayaan masyarakat melayu telah telah mempengaruhi kehidupan masyarakat yang sedia ada pada masa itu. Dari susur bahasa hingga kepada pakaian masyarakat melayu boleh dikaitkan dengan pegangan ini. Namun kehadiran agama Islam yang di bawa oleh peniaga@pedagang arab telah merubah persepsi golongan melayu. Tapi aku masih tertanya-tanya mengapakah masih terdapat sedikit amalan buruk malahan bercanggah dengan ajaran agama Islam masih mampu bertahan sehingga kini. Aktiviti pemujaan umpamanya. masyarakat kita masih erat berpegang bahawa mentera, bomoh, sial@tuah, saka, dan pelbagai lagi yang aku sendiri pun tidak pasti kebenaran. Mereka memuja si penunggu@arwah@makhluk halus untuk meresapi tubuh mereka. Bagi melakukan pekara-pekara luar kemampuan manusia biasa. Mereka mampu menundukkan musuh dalam sekelip mata, melembutkan hati seseorang, menurunkan hujan atau bencana, dan pelbagai lagi. Sesunguhnya segala kegiatan ini adalah salah. Antara ayat yang umum yang berkaitan ialah ayat-ayat larangan daripada mengikuti jejak langkah golongan yang bukan islam, antaranya ialah firman Allah SWT:
Maksudnya: : Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang Yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu). – (Yunus: 89).

Dan firman Allah kepada Rasulnya SAW:
Maksudnya: Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka Turutlah syariat itu, dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu orang-orang Yang tidak mengetahui (perkara Yang benar). – (Al-Jaathiah: 18).

Sudah terang dan jelas larangan tersebut, tiada yang lebih baik selain memohon dari Yang Hak dipohon. Tidak perlu kita memberi alasan untuk terus menjalankan amalan menurun atau apa juga amalan seumpamanya. Hermmm... Aku rasa ingin sekali berkongsi petua melembutkan hati seseorang dengan kaedah yang tidak bertentangan dengan ajaran kita tapi bukan sekarang. Tunggu bila ada kelapangan nanti . Arwah datuk aku dulu pun bomoh jugak.hehehe.~~~~*~{@

Tiada ulasan:

Catat Ulasan