Related Posts with Thumbnails

Rabu, 16 September 2009

H1n1.Gejala - Mengelak di jangkiti

Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan segera di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
  1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
  2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
  3. Sakit dada berterusan
  4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
  5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
  6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
  7. Rasa pening apabila berdiri
  8. Kurang kencing
Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini.
  • Menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain
  • Adab batuk yang baik
  • Kebersihan tangan dengan mencuci tangan dengan betul dan lebih kerap
  • Pengudaraan dalam rumah yang baik
  • Mereka yang mempunyai gergejala h1n1 perlu memakai mask
(Untuk keterangan lanjut clik di sini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan