Related Posts with Thumbnails

Sabtu, 10 Oktober 2009

Sepi


Malam tadi aku tidak dapat tidur, macam-macam benda berkisar dalam kepala aku ini. Tidak ada apa pun sepenting kisah dunia yang sekarang ini. gempa bumi,banjir,ribut,taufan atau apa sahaja yang terbentang di akbar. Bagi aku, semua itu biar lah hanya mereka yang menceritakan kepada dunia. Aku cuma fikir tentang hidupku yang kini aku lalui rasa pelik dan aneh. Kenapa aku rasa begini, bila seorng sahabat pergi akan muncul seorang lagi sahabat. Benarkah begitu. Aku mengharap.






Petang itu aku rasa sunyi aku rndukan nya. Aku rasa sedih kerna aku tidak mampu menghalangnya pergi. Dia pergi terlalu cepat membuat hati ku terusik. Aku tidak mempunyai ramai kawan, dan selama ini dia sahaja lah sahabat aku yang mengerti erti kesedihan aku. Erti kekosongan dalam hidup ku. Kadang-kadang kami berkongsi bantal yang sama. Aku kongsi makanan bersama. Aku bemain bersama.


Namun hanya cuma sekejap aku terasa. Aku tidak tahu apakah puncanya, dia pergi tanpa sebarang sebab yang pasti. Meninggalkan aku tanpa pesan, membuatkan aku sentiasa tercari-cari akan mungkin ada silap aku. Aku renung jauh keluar dari lingkaran diriku. Mencari jawapan kepada semua kesilapan yang telah aku perbuat.


Semuanya masih bermain benak ku, Aku lah yang menyediakan makanan untuk nya pada pagi itu. Aku lah yang memberikan mimumnan itu kepadanya. Setelah selesai semuanya dia meninggalkan aku sendiri. Aku ingatkan pagi itu seperti biasa tetapi nyata ianya berbeda. Ketika sedang mentari memanjat di kaki bukit, aku terlihat dia masih berbaring di sofa. aku sibuk ketika itu dan mengingitkan nya hanya tidur di situ. Rupanya itulah saat terakhir aku melihat si tompok.

2 ulasan:

  1. penat je baca T_T siot larh!!!

    tp.. bile kite fikirkan balek dabel meaning tu..
    mmg btol.. bile sorg sahabat pergi, akan muncul sorg sahabat (yg pasti bukan kucing)... knp dia pergi tanpa bg tau pape ngan kita? sbb dia takot khilangan kitE maybe :)

    BalasPadam
  2. hemm.. Ak syg kucing,rabit,burung,itik ayam,tupai,lembu,kaming,cicak kobeng,ikan,n sume menatang yg ak penah pelihara..(^_^)

    BalasPadam