Related Posts with Thumbnails

Isnin, 12 Oktober 2009

Aku ingin begini.


Di sebalik awan yang kelabu. Bertemankan sinar suram di senja hari diriku terbang. Terkenangan masa yang lalu, tempat ini aku bermain berlari, berenang, dan menanggis dan ketawa. Terlalu lama ianya terpahat di hatiku. Terlalu dalam rinduku padanya. Tidak ada apa yang berubah, cantiknya masih seperti dulu, harumnya masih sama, tenangnya masih tidak terusik. Hanya aku sahaja yang terlupa tentangnya. Meninggalkan semuanya tanpa menoleh kebelakang. Melupakan setiap detik berharga bersamanya.


Terkadang aku rasa bersalah, aku tidak mampu melakukan sesuatu seperti yang diharapkan. Aku telah memberikan mereka harapan dan aku membuatkan mereka kecewa. Aku membuatkan diriku juga kecewa dengan apa yang telah berlaku. Bagiku bebannya terlalu besar untuk aku tunaikan. Telah aku cuba namun setiap langkah ku terasa sukar dan sering aku tersungkur kernanya. Hati ku sebak mengenangnya. mengapa aku perlu hadapi semunya dan mengapa aku selemah ini.


Aku harapkan mungkin akan ada impian lain selain diriku. Aku cuma inginkan sesuatu yang biasa untuk hidupku. Aku tidak tidak pernah mengambarkan seindah ini, seharum ini atau setenang ini. Sebelum ini aku melalukan nya untuk mereka. Kini aku ingin mencari sesuatu untuk diriku. Biarkan sahaja aku pergi mencarinya. Aku harap mereka juga mengerti apa yang aku lakukan ini. Selama ini aku cuba melakukan walau aku tahu aku tidak akan gembira dan ini bukan impianku. Namun kini aku telah bertekat dan aku tidak pernah menyesal kerna aku tahu ini mungkin yang terbaik. Mungkin suatu hari nanti mereka akan faham mengapa ini jalan yang aku pilih.



Aku ingin terbang mencari sesuatu untuk diriku(~.~)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan