Rabu, 21 Oktober 2009

Sengketa Malaysia Indonesia


Pada mulanya aku hanya melihat sebagai gurauan. Sahabat aku beriya-iaya benar bercerita isu ini. Dia sangat beremosi menceritakan mengenai sengketa Malaysia dan Indonesia. Aku tidak tahu kenapa aku rasa tidak mengemari isu ini. mungkin juga kerna aku berdarah Msia+Indo atau aku tidak mengemari peperangan itu sendiri.


Aku tidak dapat menerimanya sebagai satu kebaikan dan aku merasakan sengketa seperti ini tidak patutnya dipenuhi dengan benci, dendam, atau peperangan. Sengketa yang bermula hampir 100 tahun ini tidak akan ada hujungnya jika kita terus mencari kesalahan masing-masing. Apa yang aku harapkan kita sesama mencari pesamaan dan saling menghormati.

Tidak timbul siapa yang mulakan dulu atau siapa yang patut disalahkan. Coba lihat di nagara timur barat. Adakah kita jugak ingin jadi seperti yang terjadi kepada mereka. Mereka juga serupa seperti kita, bangsa yang sama, bahasa yang sama malahan agama yang sama. Namun akibat perbezaan kefahaman dan ketamakan mereka sanggup membunuh sesama mereka. Tidak kah kita sedar kelemahan ini akan membuatkan kita rapuh. Akhir nya bangsa asing yang akan mengambil kesempatan keatas kebodohan kita ini. tidak kah kita belajar sesuatu di situ.

Aku faham, sesetengah insan melihat isu ini terlalu redikal untuk bertolak ansur. Manakan tidaknya, bagi mereka kedaulatan negara nya umpama "isteri", mereka tidak rela ianya dinodai. Namun adakah tindakan ini bijak sebagai manusia yang telah bertamadun. Kemana letaknya kepintaran kita yang mampu membina banggunan menjunjung langit. kemana letaknya kelembutan seni budaya kita yang banggakan selama ini. Dan kemana perginya ilmu ugama yang kita tegakkan selama ini. Kita sepatutnya mengunakan kepintaran dan kebijaksanaan yang kita perolehi sebagai senjata di meja rundingan bukan nya menghunus parang untuk melolosi perut sahabat kita itu.


Kita bukan berbicara mengenai, peperangan anak kecil dengan senapang kayu, yang akan berakhir bila senja menjelma. Ianya tidak semudah yang kita fikirkan, peperangan melibatkan kematian, kehilangan ahli keluarga, kemerosotan srtuktur ekonami, kebuluran makanan, wabak penyakit, pelarian, dan keruntuhan akhlak serta pelbagai lagi bencana. Malahan untuk membina semula tamadun selepas peperangan memakan belanja,tenaga dan masa yang cukup-cukup lama. Adakah kita segaja membina "neraka dunia" untuk anak-anak kita?? untuk generasi akan datang. Tidak kah kita terfikir tindakan kita jua akan menyebabkan insan yang kita sayang akan menanggis setiap hari kerana kehilangan kita.

Aku coba menyelami apakah yang ingin disampaikan oleh mereka. Namun aku tidak sesekali bersetuju dengan kekasaran, pembunuhan atau peperangan. Kita mengalah bukan kerna kita salah, kita diam bukan kerna kita takut.(*~*)

sumber link n link.2

2 ulasan:

  1. nice posting;D ..hmm saya pun tidak suka gaduh2 perang2..kadang2 salahkan diri sendiri pun bagus utk elak perkara yg lebih buruk lagi =]

    rgrds/
    adib

    p/s: dari segi muzik pun;p
    http://art-deep.blogspot.com/2009/05/malingsia-against-indonesial.html

    BalasPadam
  2. betoi2....
    ak jugak stuju..lov unvsl muzk.. :)

    BalasPadam