Kehadiran tikus di setiap pelusuk dunia telah lama diketahui. Tikus dalam kehidupan harian kita bukan lagi asing kerana nisbah seorang penduduk persamaan tiga ekor tikus. Malahan disesetengah tempat tikus menjadi haiwan suci dijaga bagai bayi, ada juga yang mengagap tikus menjijikan, pembawa malang dan sebagaingya. Begitu juga masyarakat melayu hingga muncul ungkapan mengait tikus seperti tikus jatuh ke tepung, dan sebagainya. kepelbagaian variasi tikus ini menarik minat aku untuk menceritakan sedikit mengenai tikus gajah (elephant shrew)
Tikus jenis ini agak berlainan dari tikus lain yang sering dilihat kerana tiga pekara. Ianya mempunyai muncung yang berbentuk silinder panjang, mempunyai mata yang bulat dan besar serta memiliki telingga seperti kucing yang sangat sensitif pada bunyi. Tikus gajah memiliki warna perang dan jalur-jalur kecil di kepalanya.

Haiwan ini terdapat pegunungan Tanzania, di negara Afrika, Angola, dan beberapa lagi buah negara lain di seluruh dunia (hemm... sama macam cecorot ni :))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan